Al Qur’an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat






Firman Allah : "(Beberapa hari yang di tentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan batil)" Al-Baqarah : 185




Abu Umamah r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w memberitahu tentang kelebihan Al-Quran"

Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, di mana di kala itu orang sangat memerlukannya.

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,"kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjungi,dan juga telah bangun malam untukku, dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu "Adakah kamu Al-Quran?". Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca itu mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberikan kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.




Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya "Dari manakah kami memperoleh ini semua, padahal amal kami tidak sampai ke tahap ini?" Lalu di jawab "Kamu di beri ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran"




Di dalam riwayat yang lain daripada Anas bin Malik,bersabda Rasulullah s.a.w pada suatu hari :"Mau kah aku beritahukan kepada kamu orang yang paling baik di kalangan umatku pada hari kiamat nanti?" Mereka menjawab "Mau ya Rasulullah!". Rasulullah pun bersabda : "Mereka yang membaca Al-Quran karana pada hari itu Allah berkata "Wahai Jibril, serulah pada mahsyar itu siapa yang membaca Al-Quran maka bangunlah mereka di hadapan ar-Rahman sehingga di bangkit nabi Daud a.s dan berkatalah Allah s.w.t, sekarang bacalah kamu semua maka bacalah mereka dengan suara yang merdu dan penuh khusyuk dan berkata lagi Allah s.w.t,

Wahai ahliku, adakah kamu tahu siapa yang telah berbuat baik kepada kamu ketika di dunia? Mereka menjawab ya. Maka Allah s.w.t pun menyuruh mereka pergi dan dapatkan mereka di mahsyar dan bawalah mereka bersama kamu ke dalam syurga"

0 komentar:

Posting Komentar